UrusTempahan UrusTempahan
MS EN
Log Masuk Mulakan Percuma

WhatsApp

Chat & Direct Booking

air

Airbnb iCal

Sync 2-Hala ✓

Booking.com

Sync 2-Hala

Online FPX

Bayaran Terus Masuk

QR

DuitNow QR

Resit Segera

Self Check-in PIN

Smart lock

| 104 operator penginapan di Malaysia

Sistem Booking Homestay, Chalet & Villa Tempahan lebih terurus. Kerja manual berkurang.

Sistem pengurusan tempahan untuk operator penginapan Malaysia. Satukan WhatsApp booking, kalendar dan rekod bayaran — dengan website sendiri & automasi pintar.

0% Komisen UrusTempahan · Tanpa Kad Kredit · Sedia Dalam 5 Minit

Villa D'Bendang Sekinchan · Sekinchan, Selangor

Azlan Razak menempah Villa D’Bendang

Tempahan Baru

2 Malam (12-14 Okt) · RM 760.00 · Website Terus

2 minit lepas
Data diselaraskan ke semua kalendar Lihat Rekod

Tapak Perkhemahan Sungai Damai · Hulu Langat, Selangor

Deposit RM 300.00 Diterima via FPX

Bayaran FPX

Maybank2u · Resit rasmi dijana & disimpan automatik

1 minit lepas

Homestay Puncak Hijau · Janda Baik, Pahang

Arahan Check-In Dihantar ke WhatsApp

WhatsApp Bot

Pautan arahan ketibaan · Lokasi Google Maps/Waze

Baru sahaja

Disepadukan dengan ekosistem perbankan & tempahan Malaysia

CCHIP
FPXDirect Banking
DuitNow QR
WhatsApp Cloud
Airbnb iCal
Booking.comiCal
GGoogle Calendar
Lihat Sendiri

Laman Tempahan Siap Dalam Beberapa Minit.

Daftar dengan WhatsApp, isi maklumat penginapan, dan laman tempahan anda terus aktif. Tiada kod, tiada pereka web.

  1. Daftar Nombor telefon dan kod WhatsApp.
  2. Sediakan Jenis, nama, gambar dan harga semalam.
  3. Siap Laman tempahan dan panel admin terus aktif.
Mula Percuma Sekarang
Transformasi Operasi Homestay

Daripada Berselerak Kepada Terurus Sepenuhnya

Bandingkan perbezaan ketara antara operasi manual yang memenatkan dengan sistem UrusTempahan yang bekerja 24 jam untuk anda.

Kad Sebelum: Cara Manual

Operasi Bergantung Pada Ingatan Anda

Bazir 2–3 Jam Sehari
Owner homestay menyemak diari sambil chat WhatsApp bertimbun
Tetamu · Pn. AinaSalam boss, 14hb ni kosong tak?
Berapa untuk 10 pax?9:14 PM
Maaf lambat reply, baru balik kerja. Kejap check diary ya...11:45 PM✓✓
Tetamu · Cik MiraBoss? Ada lagi tak? 🙏10:02 PM
+12
01 Isu WhatsApp

Chat WhatsApp Menimbun & Berulang

Setiap tetamu tanya tarikh kosong dan harga yang sama. Anda terpaksa selak buku manual atau chat lama berpuluh kali sehari walaupun tengah memandu atau berehat.

Masa Terbuang: 45 minit / tetamu
Kekurangan Cara Lama
Owner homestay menyemak bayaran satu-satu di telefon dan laptop
Tetamu · En. HafizDah transfer deposit RM150 boss. Tolong block tarikh ya. resit_maybank.pdf 10:05 AM
Ape no pembayaran eh? Aduh, banyak plak nak semak... 😩
02 Isu Bayaran

Semak Slip Bank & Resit Manual

Tetamu hantar screenshot slip Maybank/CIMB. Anda kena buka perbankan online, semak no rujukan satu-satu untuk elak resit palsu atau duit belum masuk.

Risiko Kerugian: Tinggi (Slip Palsu)
Kekurangan Cara Lama
Dua kumpulan tetamu tiba untuk tarikh yang sama di depan homestay
Cik, bukan saya dah book ke? 😟
Err... 😅
Saya dah bayar full payment! 💸
03 Risiko Kalendar

Tragedi Double Booking (Airbnb vs Direct)

Terlupa tanda dalam kalendar. Tetamu WhatsApp dan tetamu Airbnb tempah malam yang sama serentak. Anda panik kena pulangkan duit atau cari homestay ganti.

Kesan: Reputasi Rosak & Refund
Kekurangan Cara Lama
Tetamu menunggu di pagar homestay pada waktu malam sementara owner mencari kod smart lock
Boss, dah sampai pagar. Kod pintu berapa? 🔒11:42 PM
3 panggilan tak dijawab
Sorry! Kod lama dah tukar, kejap saya cari... 🙏11:58 PM ✓✓
04 Isu Check-in

Kelam Kabut Hantar Lokasi & PIN Pintu

Tetamu sampai malam depan pagar baru telefon tanya nombor passcode dan kunci. Anda tengah makan kenduri atau tidur, terpaksa kelam kabut hantar manual.

Gangguan Masa Rehat: Kerap Berlaku
Kekurangan Cara Lama
Kad Selepas: Dengan UrusTempahan

Sistem Automatik 24 Jam Yang Menguruskan Segalanya

Jimat 85% Masa Pengendalian
Tetamu menempah homestay sendiri melalui website tempahan
Auto-Engine 2:15 PM

✨ Tempahan disahkan! Ahmad Zaki · Villa Bendang, 2 malam

WhatsApp Bot 2:16 PM

Terima kasih En Zaki! #UT-8821 disahkan.

01 Laman Web Sendiri

Laman Web Tempahan Langsung 24/7

Tetamu semak kalendar hijau, pilih pakej bilik, dan tempah sendiri dalam 30 saat. Tempahan terus masuk tanpa anda perlu layan soalan berulang di WhatsApp.

Kelajuan Tempahan: 30 Saat Selesai
Kelebihan UrusTempahan
Pengesahan bayaran FPX automatik
Auto-Engine 11:00 AM

💳 Deposit RM150 diterima via FPX

WhatsApp Bot 11:01 AM

📲 Pengesahan dihantar ke WhatsApp tetamu

02 FPX & DuitNow

Deposit & Bayaran FPX Sah Serta-merta

Integrasi CHIP FPX / DuitNow mengesahkan bayaran secara automatik. Pengesahan dengan butiran bayaran dihantar terus kepada tetamu melalui e-mel dan WhatsApp, dan resit rasmi berjenama boleh dibuka bila-bila masa dari halaman tempahan mereka.

Pengesahan Bayaran: 100% Automatik
Kelebihan UrusTempahan
Penyegerakan kalendar 2-hala iCal
Auto-Engine 4:00 PM

🔄 14–16 Dis disekat di Airbnb & Booking.com

03 Penyegerakan iCal

Segerak Kalendar 2-Hala (Airbnb/Booking.com)

Bila tempahan web masuk, tarikh automatik disekat di Airbnb, Booking.com dan VRBO. Sifar risiko pertindihan tarikh dan tidur lena.

Risiko Pertindihan: 0% (Sifar Risiko)
Kelebihan UrusTempahan
Automasi WhatsApp menghantar pautan arahan check-in
Auto-Engine H-1

📲 Pautan arahan check-in dihantar · kod aktif esok 3:00 PM

Tetamu 3:05 PM

Dah selamat masuk, terima kasih!

04 WhatsApp Pintar

Automasi WhatsApp & Arahan Check-in 24 Jam

Sistem hantar arahan check-in, peta Waze dan peraturan rumah tepat 24 jam sebelum tetamu sampai. Kod pintu dibuka melalui pautan selamat — tidak pernah dihantar di dalam mesej.

Penjimatan Masa Harian: Jimat 2-3 Jam / Hari
Kelebihan UrusTempahan
Aliran Kerja: Manual vs UrusTempahan

Guest nak booking. Owner tak perlu urus satu-satu.

Guest semak dan book sendiri. Owner terima tempahan yang sudah tersusun.

Cara Manual vs Dengan UrusTempahan
Pemilik homestay tertekan mengurus tempahan secara manual
Pn. AinaSalam, 14–16hb ni kosong tak? 🏡9:14 PM
Cik MiraCode pintu berapa ye? Dah sampai depan rumah 😅11:42 PM
En. HafizSaya dah bayar deposit, tolong check ye 📎10:05 AM
Ni booking yang mana ye? 🤔11:50 PM✓✓
Sebelum · Cara Manual
Tetamu menempah sendiri dan owner tenang menerima tempahan

Homestay D'Kampung

Melaka, Melaka

Daftar masuk12 Okt
Daftar keluar14 Okt
Bayar online
Deposit RM250 diterima

Pembayaran berjaya melalui DuitNow

Tempahan disahkan
Tarikh dikunci
Owner & guest dimaklumkan
Selepas · Dengan UrusTempahan
Ilustrasi aliran tempahan. Bayaran online dan notifikasi mengikut pelan dan tetapan.

Cara Manual (Dalam Ilustrasi)

4 Langkah Penat

Soalan Tetamu Berulang-ulang:

“Sabtu ni kosong?”

Owner kena semak buku log tarikh

“Berapa deposit?”

Kena kira manual & beri no akaun

“Dah transfer. Semak?”

Kena buka bank semak slip resit

Beban Harian Operator:

Semak tarikh kalendar
Balas setiap guest
Semak resit bank
Catat booking manual
Mengambil masa 2-3 jam sehari dan berisiko tinggi berlaku double-booking.

Dengan UrusTempahan (Dalam Ilustrasi)

Automatik Sepenuhnya
1

Daftar Masuk & Bayar Online

Guest pilih tarikh dan bayar terus via FPX / DuitNow tanpa perlu chat.

2

Deposit RM250 Diterima Serta-merta

Bayaran masuk terus ke akaun bank owner dan pengesahan dihantar automatik kepada tetamu.

Tempahan Disahkan & Tersusun
Tarikh dikunci Owner & guest dimaklumkan
Owner tenang tanpa perlu menghadap skrin 24 jam Uji Website Guest
Website Direct Booking Anda

Guest Semak Tarikh Sendiri. Anda Terima Deposit.

Setiap operator mendapat laman web tempahan kemas (cth: urustempahan.com/villa-bendang). Cuba simulasikan pengalaman tetamu anda di bawah:

https://urustempahan.com/villa-bendang SSL Secured
Private Pool & Sawah Padi
Sekinchan, Selangor

Villa D'Bendang Sekinchan

Tersedia untuk ditempah terus·Kapasiti: hingga 12 tetamu

Kolam Renang Peribadi
Pemandangan Sawah Padi
Self Check-in Berkod
WiFi 100Mbps
RM 380 / malam
0% Cas Servis
RM 380 × 2 MalamRM 760.00
Pakej Arang BBQRM 50.00
Deposit Keselamatan RM 100.00 (Dipulangkan)
Jumlah Tempahan:RM 810.00
Deposit Diperlukan Sekarang (50%):RM 405.00

Disahkan Selamat · Dikuasakan oleh UrusTempahan Direct

Dikuasakan oleh UrusTempahan·Laman Rasmi Penginapan
Pusat Kawalan Operator

Semua Tempahan. Satu Tempat.

Buka telefon atau komputer riba. Lihat siapa check-in hari ini, semak bayaran tertunggak, dan susun kalendar tanpa rasa pening.

namahomestay.urustempahan.com/admin Log Masuk

Hari Ini

Tempahan Baru

Perlu Tindakan

Baki RM405.00 belum diterima Khairul Anwar · dikutip semasa ketibaan Semak
2 tetamu tiba hari ini Arahan check-in dihantar automatik 24 jam lebih awal Semak

Hari Ini

Khairul Anwar Villa D'Bendang Sekinchan Bayaran sebahagian
Siti Sarah binti Idris Tapak Perkhemahan Sungai Damai · Lot 3 Dibayar

Seterusnya

Esok 1 ketibaan · Tapak Sungai Damai
Khamis, 8 Okt 2 ketibaan · 1 berlepas
Sabtu, 10 Okt 3 ketibaan · penuh
Lihat Kalendar

Prestasi November

RM4,280 Hasil diterima
18 Tempahan
72% Kadar terisi
Lihat Analitik

Paparan sebenar dashboard pemilik, dengan data contoh.

Automasi WhatsApp Pintar

Set Kod Awal. Sistem Hantar Pada Waktunya.

Tak perlu lagi ingat tarikh atau menaip mesej yang sama puluhan kali. UrusTempahan menghantar maklumat tempahan terus ke WhatsApp anda dan tetamu tanpa campur tangan.

Pilih Aliran Automasi:

Menggunakan WhatsApp Cloud API rasmi. Tiada risiko nombor disekat (anti-banned).

Kuota mesej WhatsApp mengikut pelan langganan anda.

UT
UrusTempahan

Notifikasi Pemilik

HARI INI
Tempahan baru diterima! Tetamu: Khairul Anwar No. Telefon: 019-3829102 Hartanah: Villa D'Bendang Sekinchan Daftar masuk: 16 Okt 2026 Daftar keluar: 18 Okt 2026 Amaun: RM 810.00 ID Tempahan: UT-2026-9812 Sila semak dashboard anda untuk butiran lanjut.
2:15 PM
Mesej dihantar secara automatik...
Kenapa Pilih Kami

Jangan Bazir Duit & Masa Lagi. Gunakan Percuma Seumur Hidup!

Sertai komuniti operator homestay yang beralih daripada sistem manual yang memenatkan kepada automasi penuh. Tiada komisen tersembunyi, duit terus masuk akaun anda.

Paling Penting ★ Tawaran Utama

GUNAKAN PERCUMA LIFETIME (Seumur Hidup)

Mulakan dengan Pelan Asas hari ini dan gunakan tanpa yuran bulanan, tanpa had masa. Tiada kad kredit diperlukan untuk bermula.

Komitmen Sifar Risiko – Percuma Sampai Bila-bila
Mulakan Pelan Asas Percuma

Daftar dalam 60 saat • Tiada kontrak terikat • Batal bila-bila masa

0% Komisen

Sifar Komisen (0% Commission)

Berbeza dengan platform OTA yang memotong 15% – 20% daripada pendapatan anda, tempahan langsung melalui UrusTempahan adalah 100% milik anda.

Simpan RM300 – RM1,500 tambahan sebulan
Terus & Telus

Duit Terus Masuk Akaun Owner

Bayaran deposit dan baki daripada tetamu disalurkan terus ke akaun bank peribadi atau syarikat anda (Maybank, CIMB, Bank Islam, dll) tanpa melalui akaun kami. Tempoh penyelesaian mengikut penyedia bayaran anda.

Aliran tunai laju & selamat tanpa orang tengah
Siap Terus

Percuma Laman Web Tempahan Profesional

Dapatkan laman web tempahan homestay anda sendiri yang moden, pantas, dan mesra telefon pintar tanpa perlu upah pereka web.

Termasuk dalam setiap pelan — juga Pelan Asas percuma
WhatsApp Cloud API

Automasi WhatsApp (Tanpa Taip Manual)

Notifikasi tempahan baharu terus ke telefon anda, pengesahan tempahan kepada tetamu, dan pautan arahan check-in dihantar sebelum ketibaan — semuanya tanpa anda perlu taip satu persatu.

Kuota mesej mengikut pelan langganan
Harga Pintar

Harga Ikut Musim, Hujung Minggu & Lama Menginap

Tetapkan kadar berbeza untuk musim perayaan dan hujung minggu, dan beri harga lebih murah per malam untuk tempahan yang lebih panjang. Sistem kira sendiri semasa tetamu menempah.

Tersedia dari Pelan Starter ke atas
Sifar Double-Booking

Segerak Kalendar 2-Hala (Airbnb / Booking.com / VRBO)

Bila ada tempahan masuk di web anda, tarikh automatik disekat di platform luar serta-merta. Tidur lena tanpa risiko pertindihan tarikh.

Tersedia dari Pelan Growth ke atas

Mulakan Akaun Percuma Anda Hari Ini

Bina laman web tempahan homestay anda dalam masa kurang daripada 10 minit.

*Caj pemprosesan gerbang pembayaran perbankan standard FPX terpakai terus kepada penyedia bayaran (CHIP), tanpa sebarang komisen tambahan daripada UrusTempahan.

Pelan & Harga Telus

Mula Percuma. Automasi Bila Sedia.

Tiada caj tersembunyi. 0% komisen UrusTempahan untuk semua tempahan terus dari website anda.

★ Mula Di Sini

Pelan Percuma

Tanpa kad kredit
RM 0  / selamanya*

*Perlu diperbaharui setahun sekali (percuma).

Sesuai untuk operator yang baru mula beralih daripada buku nota dan chat WhatsApp.

1 penginapan dengan 1 unit
Halaman booking untuk guest
Kalendar kekosongan
Subdomain percuma (abc.urustempahan.com)
Block date secara manual
Sehingga 5 booking akan datang yang aktif pada satu-satu masa
Senarai booking untuk rujukan
Sokongan dalam masa 48 jam
Penjenamaan UrusTempahan
Mulakan Percuma Sekarang

Naik taraf bila-bila masa. Tiada kontrak terikat.

Bila Bisnes Makin Jalan

4 pelan

Bayaran online, automasi WhatsApp, sync kalendar dan lebih banyak unit — naik taraf hanya bila anda perlukan.

Starter Host

1 penginapan · 50 mesej WhatsApp

RM 69 / bulan

Growth Host

3 penginapan · 20 bilik · 300 mesej WhatsApp

RM 99 / bulan

Professional Host

10 penginapan · 50 bilik · 1,000 mesej WhatsApp

RM 149 / bulan

Agency

Had mengikut keperluan · 2,000 mesej WhatsApp

Harga custom

Ketelusan Komisen & Perbankan:

0% komisen UrusTempahan untuk tempahan terus. Caj perbankan online standard FPX ditolak terus oleh penyedia perbankan (CHIP), bukan oleh kami.

Soalan Lazim

Soalan Tentang Sistem Booking Homestay

Apa itu UrusTempahan?

UrusTempahan ialah sistem booking online untuk homestay, chalet, villa, resort dan tapak perkhemahan di Malaysia. Anda dapat laman tempahan sendiri, kalendar kekosongan, rekod bayaran dan laporan pendapatan dalam satu sistem.

Adakah sistem booking homestay ini percuma?

Ya. Pelan Percuma kekal percuma selamanya* untuk 1 penginapan dan sehingga 5 tempahan aktif, tanpa kad kredit. *Perlu diperbaharui setahun sekali (percuma).

Bolehkah tetamu menempah dan membayar secara online?

Ya, mulai pelan Starter Host (RM69/bulan). Tetamu pilih tarikh, bayar melalui FPX atau kad, dan wang masuk terus ke akaun gateway anda sendiri — 0% komisen. Pada pelan Percuma, tetamu menghubungi anda di WhatsApp dan anda menyekat tarikh sendiri.

Boleh sync kalendar dengan Airbnb dan Booking.com?

Boleh, melalui iCal dua hala mulai pelan Growth Host (RM99/bulan). Tarikh yang ditempah di Airbnb atau Booking.com disekat secara automatik di laman anda, dan sebaliknya, supaya tiada tempahan bertindih.

Sesuai untuk chalet, resort atau tapak perkhemahan yang ada banyak unit?

Sesuai. Mod by-unit membolehkan tetamu memilih bilik, unit atau lot tapak perkhemahan sendiri, dengan harga dan kekosongan setiap unit diurus berasingan. Mod ini tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).

Adakah saya dapat website tempahan sendiri?

Ya. Setiap penginapan mendapat laman tempahan di nama-anda.urustempahan.com tanpa bayaran tambahan. Domain sendiri seperti namahomestay.com tersedia mulai pelan Professional Host (RM149/bulan); pendaftaran domain dibil berasingan.

Adakah sistem ini menghantar notifikasi WhatsApp?

Ya. Anda menerima WhatsApp untuk setiap tempahan baharu dan pembatalan mulai pelan Starter Host (RM69/bulan). Tetamu menerima pengesahan tempahan dan maklumat daftar masuk di WhatsApp mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).

Bolehkah saya batal langganan bila-bila masa?

Ya, anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Tiada penalti atau bayaran tersembunyi.

FY
Nota Daripada Pengasas

“Sistem ini lahir kerana saya sendiri penat urus WhatsApp homestay keluarga.”

Saya nampak ramai pemilik homestay di Malaysia yang hebat dalam layanan dan hospitaliti, tetapi keletihan melayan mesej berulang, risau slip bank palsu, dan pening mengelak double booking. Misi kami di UrusTempahan adalah menjadikan sistem pengurusan profesional mudah dicapai oleh sesiapa sahaja — tanpa perlu belajar coding dan tanpa komisen yang membebankan.

Fauzi Yahaya

Pengasas & Jurutera Produk, UrusTempahan

Bual Bersama Founder