1. Ringkasan
UrusTempahan ialah langganan bulanan atau tahunan tanpa kontrak dan tanpa komitmen jangka panjang. Anda boleh batalkan bila-bila masa. Polisi ini menerangkan dengan jelas apa yang berlaku kepada bayaran anda apabila anda batal atau meminta pemulangan.
2. Pembatalan Langganan
- Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa tanpa penalti.
- Selepas pembatalan, akaun anda kekal aktif sehingga tamat tempoh yang telah dibayar. Anda tidak akan dicaj untuk tempoh seterusnya.
- Tiada pembaharuan automatik akan dikenakan selepas anda batal.
3. Pemulangan Bayaran (Refund)
- Yuran langganan yang telah dibayar untuk tempoh semasa secara amnya tidak dikembalikan secara pro-rata — sebaliknya anda terus menikmati akses sehingga tamat tempoh tersebut.
- Pelan Percuma tidak melibatkan sebarang bayaran, jadi tiada isu pemulangan.
- Kami tidak mengenakan yuran tersembunyi. Anda hanya membayar yuran langganan yang dipaparkan pada halaman harga.
4. Caj Tersilap atau Ralat Teknikal
Jika anda dicaj secara tersilap — contohnya caj berganda (double charge) atau ralat teknikal semasa pembayaran — sila hubungi kami dalam masa 14 hari dari tarikh transaksi. Kami akan menyiasat dan memulangkan sepenuhnya sebarang caj yang tersilap.
5. Bayaran Tempahan Tetamu & Caj Gateway
- Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda sendiri melalui FPX atau gateway pembayaran anda — UrusTempahan tidak memegang atau menahan dana jualan anda.
- Sebarang pemulangan kepada tetamu (contohnya pembatalan tempahan) adalah tanggungjawab anda sebagai pemilik, mengikut polisi tempahan anda sendiri.
- Caj pemprosesan transaksi (jika ada) dikenakan oleh penyedia gateway pembayaran, bukan oleh UrusTempahan, dan berada di luar kawalan kami.
6. Data Selepas Pembatalan
Selepas pembatalan, data anda disimpan selama 30 hari supaya anda boleh memuat turun rekod atau mengaktifkan semula akaun. Selepas tempoh itu, data mungkin dipadam selaras dengan Polisi Privasi kami.
7. Hubungi Kami
Untuk sebarang soalan berkaitan bayaran atau pemulangan, hubungi kami di info@urustempahan.com atau melalui WhatsApp di +60 11-5111 4946.