Sistem Booking Homestay
Untuk tuan rumah yang menyewakan rumah penuh — satu rumah atau beberapa buah. Tetamu semak tarikh kosong, bayar dan terima pengesahan tanpa menunggu anda membalas WhatsApp.
Masalah biasa operator homestay
Jika salah satu ini biasa bagi anda, sistem booking akan menjimatkan masa anda setiap minggu.
Soalan yang sama setiap hari
Ada kosong tak? Berapa semalam? Boleh bawa berapa orang? Setiap pertanyaan perlu dijawab satu-satu, selalunya ketika anda sedang bekerja atau tidur.
Bayaran dan resit bersepah
Gambar resit bank dalam WhatsApp, deposit dalam buku, baki dikutip semasa daftar masuk. Hujung bulan, susah nak tahu berapa sebenarnya yang masuk.
Tertempah dua kali
Tarikh yang sama dijual di Airbnb dan dijanjikan kepada tetamu WhatsApp. Seorang terpaksa dibatalkan, dan ulasan buruk menyusul.
Apa yang sistem ini buat untuk homestay anda
Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda sendiri. Tiada komisen tempahan.
Laman tempahan dengan nama homestay anda
Setiap homestay mendapat laman di nama-anda.urustempahan.com dengan gambar, harga, kemudahan dan kalendar kekosongan. Kongsi satu pautan di Facebook, Instagram atau status WhatsApp.
Tetamu tempah dan bayar sendiri
Tetamu pilih tarikh, sistem kira harga termasuk harga hujung minggu, dan bayaran FPX masuk terus ke akaun gateway anda sendiri. Tarikh disekat sebaik bayaran berjaya.
Tersedia mulai pelan Starter Host (RM69/bulan).
Harga hujung minggu ikut negeri anda
Pilih sendiri malam mana dikira hujung minggu. Sesuai untuk negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, atau jika malam Ahad anda juga laku.
Deposit keselamatan berasingan
Deposit keselamatan direkod berasingan daripada sewa, jadi laporan pendapatan anda tidak bercampur dengan wang yang perlu dipulangkan.
Sync dengan Airbnb dan Booking.com
Sambungkan kalendar melalui iCal. Tarikh yang ditempah di sana disekat di laman anda, dan sebaliknya. Sync berjalan setiap 15 minit.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Daftar masuk sendiri (pilihan)
Jika homestay anda guna kunci kod atau lockbox, kod pintu dipaparkan kepada tetamu yang telah membayar, pada masa yang anda tetapkan. Dimatikan secara lalai — hidupkan jika anda perlukannya.
Soalan tentang sistem booking homestay
Saya hanya ada satu homestay. Sesuai tak?
Sesuai. Pelan Percuma dan pelan permulaan dibina untuk satu penginapan. Anda boleh tambah penginapan kemudian bila perlu.
Bolehkah tetamu masih WhatsApp saya?
Boleh. Butang WhatsApp kekal di laman anda. Bezanya, tetamu yang sudah tahu tarikh dan harga boleh terus menempah tanpa menunggu balasan.
Siapa yang pegang wang tetamu?
Anda. Bayaran masuk terus ke akaun payment gateway anda sendiri. UrusTempahan tidak memegang wang tetamu dan tidak mengambil komisen.
Panduan berkaitan
Cara Terima Tempahan Homestay Secara Online
Langkah demi langkah terima tempahan homestay secara online: laman tempahan, kalendar, harga, bayaran FPX ke akaun sendiri dan pengesahan automatik.
Cara Elak Double Booking Antara Airbnb, Booking.com dan WhatsApp
Kenapa double booking berlaku bila homestay dijual di beberapa platform, cara sync kalendar iCal berfungsi, dan apa yang masih perlu anda semak sendiri.