Sistem Booking Tapak Perkhemahan
Untuk tapak perkhemahan, campsite tepi sungai dan glamping yang menjual lot atau khemah, bukan bilik. Sistem menggunakan istilah tapak dan nombor lot di laman tetamu.
Masalah biasa operator tapak perkhemahan
Jika salah satu ini biasa bagi anda, sistem booking akan menjimatkan masa anda setiap minggu.
Lot mana yang sudah diambil?
Hujung minggu cuti panjang, puluhan lot, semua bertanya dalam kumpulan WhatsApp. Senarai di kertas cepat ketinggalan.
Pekhemah mahu lot tertentu
Lot tepi sungai, lot redup, lot dekat tandas. Pekhemah berulang tahu apa yang mereka mahu, dan mereka mahu memilih sendiri.
Kumpulan besar dan konvoi
Satu kelab membawa sepuluh khemah. Mengira berapa lot dan berapa orang secara manual mengambil masa.
Apa yang sistem ini buat untuk tapak perkhemahan anda
Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda sendiri. Tiada komisen tempahan.
Tempahan ikut lot
Daftar jenis tapak (contoh: Lot Tepi Sungai, Lot Kereta, Khemah Glamping) dan setiap lot dengan nombor lot. Kekosongan dikira untuk setiap lot.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Peta tapak
Muat naik peta kawasan perkhemahan anda dan tandakan setiap lot. Pekhemah melihat lot yang masih kosong dan memilih sendiri dari peta.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Kapasiti setiap lot
Tetapkan bilangan pekhemah maksimum untuk setiap jenis tapak. Sistem menyemak lot yang dipilih cukup untuk kumpulan.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Item tambahan
Sewa khemah, kayu api, set BBQ atau tiket aktiviti bersama tempahan lot.
Bayaran online
Pekhemah bayar melalui FPX semasa menempah, dan wang masuk ke akaun gateway anda sendiri. Lot disekat sebaik bayaran berjaya.
Tersedia mulai pelan Starter Host (RM69/bulan).
Lokasi dan arah
Pin lokasi tapak pada peta Google di laman anda, supaya pekhemah tidak perlu bertanya arah satu-satu.
Soalan tentang sistem booking tapak perkhemahan
Adakah laman tetamu memaparkan "bilik"?
Tidak. Untuk tapak perkhemahan, laman tetamu menggunakan istilah tapak dan nombor lot.
Glamping saya ada khemah tetap dan lot kosong. Boleh campur?
Boleh. Daftar setiap satu sebagai jenis tapak yang berbeza dengan harga dan kapasiti sendiri.
Perlukah peta tapak?
Tidak wajib. Tanpa peta, pekhemah memilih dari senarai lot, atau sistem menetapkan lot yang kosong secara automatik.
Panduan berkaitan
Cara Terima Tempahan Homestay Secara Online
Langkah demi langkah terima tempahan homestay secara online: laman tempahan, kalendar, harga, bayaran FPX ke akaun sendiri dan pengesahan automatik.
Cara Elak Double Booking Antara Airbnb, Booking.com dan WhatsApp
Kenapa double booking berlaku bila homestay dijual di beberapa platform, cara sync kalendar iCal berfungsi, dan apa yang masih perlu anda semak sendiri.