UrusTempahan UrusTempahan
MS EN
Log Masuk Mulakan Percuma
Untuk operator resort

Sistem Booking Resort

Untuk resort, motel dan hotel kecil yang menjual bilik mengikut jenis, ada staf kaunter, dan menerima tempahan dari beberapa saluran sekali gus.

Masalah biasa operator resort

Jika salah satu ini biasa bagi anda, sistem booking akan menjimatkan masa anda setiap minggu.

Banyak saluran, satu inventori

Tempahan masuk dari Booking.com, Airbnb, panggilan telefon dan tetamu walk-in. Setiap satu perlu disekat pada bilik yang betul.

Staf perlukan akses

Staf kaunter perlu masukkan tempahan dan lihat siapa daftar masuk hari ini, tanpa berkongsi kata laluan pemilik.

Untung sebenar tidak jelas

Hasil bilik nampak baik, tetapi selepas bil elektrik, gaji pembersih dan komisen OTA, keuntungan sebenar sukar dilihat.

Apa yang sistem ini buat untuk resort anda

Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda sendiri. Tiada komisen tempahan.

Jenis bilik dan bilik

Daftar jenis bilik (Deluxe, Family, Suite) dan setiap bilik di bawahnya, dengan harga, kapasiti dan kekosongan sendiri.

Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).

Sync Booking.com dan Airbnb

Sambungkan kalendar setiap bilik melalui iCal supaya tempahan dari OTA menyekat bilik di laman anda. Sync berjalan setiap 15 minit.

Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).

Tempahan walk-in dan telefon

Masukkan tempahan dari kaunter terus ke kalendar yang sama, termasuk rombongan yang memerlukan beberapa bilik.

Akses staf

Tambah pengguna staf dengan akaun sendiri, supaya kata laluan pemilik tidak dikongsi.

Tersedia mulai pelan Professional Host (RM149/bulan).

Laporan pendapatan dan perbelanjaan

Rekod perbelanjaan operasi bersama hasil tempahan untuk melihat keuntungan bulanan.

WhatsApp kepada tetamu

Tetamu menerima pengesahan tempahan di WhatsApp secara automatik, jadi staf tidak perlu menghantarnya satu-satu.

Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).

Soalan tentang sistem booking resort

Adakah ini sistem PMS penuh?

Ia sistem tempahan dan pengurusan untuk penginapan kecil hingga sederhana: kalendar, bilik, bayaran, staf dan laporan. Ia tidak menggantikan sistem kaunter hotel besar seperti kunci kad atau POS restoran.

Bolehkah saya terus guna Booking.com?

Boleh. Kekalkan OTA untuk tetamu baharu, dan gunakan laman tempahan sendiri untuk tetamu berulang dan pengikut media sosial yang boleh menempah tanpa komisen.

Berapa bilik yang disokong?

Had bilik dan jenis bilik untuk setiap pelan dipaparkan di halaman Perbandingan Pelan. Untuk operasi yang lebih besar, hubungi kami.

Soalan lain? Lihat soalan lazim atau perbandingan pelan.