1. Pengenalan
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana UrusTempahan ("platform", "kami") mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan pengurusan tempahan penginapan kami. Dengan menggunakan platform ini, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan di dalam polisi ini.
Polisi ini selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia dan pindaannya.
2. Pengendali Data
Platform ini dimiliki dan dikendalikan oleh:
- FY Tech and Digital Solutions
- No. Pendaftaran SSM: 202303190841
- No. 118, Jalan Putra D/2, Taman Klebang Putra, 31200, Chemor, Perak, Malaysia.
- E-mel: info@urustempahan.com
3. Maklumat Yang Kami Kumpul
3.1 Maklumat akaun
Nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan kata laluan (disimpan dalam bentuk tersulit/hashed) apabila anda mendaftar.
3.2 Maklumat penginapan & perniagaan
Butiran penginapan yang anda senaraikan — nama, lokasi, harga, gambar, dan tetapan tempahan — yang disimpan dalam pangkalan data khusus (tenant) anda.
3.3 Maklumat tempahan tetamu
Apabila tetamu membuat tempahan di halaman anda, kami memproses nama, e-mel, nombor telefon, dan butiran tempahan bagi pihak anda sebagai pemilik penginapan.
3.4 Maklumat pembayaran
Pembayaran diproses oleh gateway pihak ketiga yang dilesenkan (CHIP, ToyyibPay, BayarCash, dan rangkaian FPX). Kami tidak menyimpan nombor penuh kad kredit/debit atau butiran perbankan anda — maklumat tersebut dikendalikan terus oleh gateway pembayaran mengikut piawaian keselamatan mereka.
3.5 Data teknikal
Alamat IP, jenis pelayar, dan data penggunaan asas bagi tujuan keselamatan dan penambahbaikan perkhidmatan.
4. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
- Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan pengurusan tempahan.
- Memproses langganan, bil, dan pembaharuan akaun anda.
- Menghantar pengesahan tempahan (e-mel) kepada tetamu, dan notifikasi/alert (e-mel & WhatsApp) kepada anda.
- Memberi sokongan pelanggan dan menjawab pertanyaan.
- Meningkatkan keselamatan, mencegah penipuan, dan menambah baik platform.
- Mematuhi kewajipan undang-undang.
5. Pembayaran Terus Kepada Anda — Kami Tidak Memegang Dana
Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda melalui FPX gateway pembayaran anda sendiri. Berbeza dengan platform pihak ketiga yang menahan dan memegang dana anda, UrusTempahan tidak memegang, menahan, atau menyimpan wang jualan anda, dan kami tidak mengenakan sebarang komisen (0%) atas nilai jualan. Penyelesaian dana bergantung pada tempoh retention gateway pembayaran yang anda gunakan.
6. Perkongsian Maklumat
Kami tidak menjual data peribadi anda. Kami hanya berkongsi maklumat dengan pihak berikut apabila perlu:
- Gateway pembayaran (CHIP, ToyyibPay, BayarCash, FPX) — untuk memproses transaksi.
- Penyedia notifikasi (Meta/WhatsApp Business, penyedia e-mel) — untuk menghantar pengesahan dan alert.
- Meta (Facebook) — untuk mengukur keberkesanan iklan kami, hanya jika anda membenarkannya (lihat Seksyen 10).
- Penyedia hosting/infrastruktur — untuk menyimpan dan mengendalikan platform dengan selamat.
- Pihak berkuasa — apabila dikehendaki oleh undang-undang.
7. Pengekalan Data
Kami menyimpan data anda selagi akaun anda aktif. Bagi akaun yang tamat langganan, data mungkin dikekalkan dalam tempoh dormansi (lebih kurang 90 hari) sebelum ia dipadam atau dianonimkan, melainkan pengekalan lebih lama dikehendaki oleh undang-undang.
8. Keselamatan Data
Kami mengambil langkah teknikal dan pentadbiran yang munasabah — termasuk penyulitan kata laluan, sambungan HTTPS, dan pengasingan data setiap tenant — untuk melindungi maklumat anda. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang 100% selamat sepenuhnya.
9. Hak Anda
Tertakluk kepada PDPA, anda berhak untuk:
- Mengakses dan mendapatkan salinan data peribadi anda.
- Membetulkan data yang tidak tepat.
- Memohon pemadaman data anda.
- Menarik balik persetujuan bagi pemprosesan tertentu.
Untuk melaksanakan hak ini, hubungi kami di info@urustempahan.com.
10. Kuki (Cookies) dan Pengukuran Iklan
10.1 Kuki penting
Kami menggunakan kuki penting untuk mengekalkan sesi log masuk dan keselamatan (contohnya token CSRF). Kuki ini sentiasa digunakan kerana platform tidak dapat berfungsi tanpanya. Anda boleh mengurus kuki melalui pelayar anda, tetapi menyekat kuki penting akan menjejaskan fungsi platform.
10.2 Kuki atribusi pihak pertama
Kami menyimpan satu kuki pihak pertama yang merekodkan bagaimana anda menemui kami (contohnya melalui iklan, carian, atau pautan rujukan). Maklumat ini disimpan dalam sistem kami sendiri untuk memahami keberkesanan pemasaran kami, dan tidak dihantar kepada pihak lain.
10.3 Meta Pixel (Facebook) — hanya dengan persetujuan anda
Semasa lawatan pertama ke laman urustempahan.com, kami bertanya sama ada anda membenarkan Meta Pixel. Ia tidak dimuatkan sehingga anda menekan "Benarkan". Jika anda membenarkannya:
- Meta menerima maklumat seperti halaman yang anda lawati, alamat IP, maklumat pelayar,
dan pengecam kuki Meta (
_fbp,_fbc). - Apabila anda mendaftar akaun, kami turut menghantar e-mel dan nombor telefon anda dalam bentuk yang di-hash (tidak boleh dibaca), bersama alamat IP anda, kepada Meta.
- Tujuannya semata-mata untuk mengukur iklan mana yang membawa pengunjung dan pendaftaran kepada kami.
- Meta memproses maklumat ini, termasuk di luar Malaysia, mengikut dasar privasi Meta sendiri.
Jika anda menolak, Meta Pixel tidak dimuatkan dan maklumat pendaftaran anda tidak dihantar kepada Meta. Pilihan anda diingati selama enam bulan.
10.4 Menukar pilihan anda
Anda boleh menarik balik atau memberi semula persetujuan pada bila-bila masa. Menarik balik tidak menjejaskan penggunaan platform.
10.5 Laman tempahan penginapan
Laman tempahan setiap penginapan (contohnya namapenginapan.urustempahan.com) tidak memuatkan Meta Pixel atau Google Analytics kami.
11. Perubahan Kepada Polisi Ini
Kami mungkin mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan ketara akan dimaklumkan melalui platform atau e-mel. Tarikh berkuat kuasa di atas menunjukkan semakan terkini.
12. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkenaan privasi boleh dihantar kepada:
FY Tech and Digital Solutions
No. 118, Jalan Putra D/2, Taman Klebang Putra, 31200, Chemor, Perak.
E-mel: info@urustempahan.com