Disepadukan dengan ekosistem perbankan & tempahan Malaysia
Laman Tempahan Siap Dalam Beberapa Minit.
Daftar dengan WhatsApp, isi maklumat penginapan, dan laman tempahan anda terus aktif. Tiada kod, tiada pereka web.
- Daftar Nombor telefon dan kod WhatsApp.
- Sediakan Jenis, nama, gambar dan harga semalam.
- Siap Laman tempahan dan panel admin terus aktif.
Daripada Berselerak Kepada Terurus Sepenuhnya
Bandingkan perbezaan ketara antara operasi manual yang memenatkan dengan sistem UrusTempahan yang bekerja 24 jam untuk anda.
Guest nak booking. Owner tak perlu urus satu-satu.
Guest semak dan book sendiri. Owner terima tempahan yang sudah tersusun.
Cara Manual (Dalam Ilustrasi)
Soalan Tetamu Berulang-ulang:
“Sabtu ni kosong?”
Owner kena semak buku log tarikh
“Berapa deposit?”
Kena kira manual & beri no akaun
“Dah transfer. Semak?”
Kena buka bank semak slip resit
Beban Harian Operator:
Dengan UrusTempahan (Dalam Ilustrasi)
Daftar Masuk & Bayar Online
Guest pilih tarikh dan bayar terus via FPX / DuitNow tanpa perlu chat.
Deposit RM250 Diterima Serta-merta
Bayaran masuk terus ke akaun bank owner dan pengesahan dihantar automatik kepada tetamu.
Guest Semak Tarikh Sendiri. Anda Terima Deposit.
Setiap operator mendapat laman web tempahan kemas (cth: urustempahan.com/villa-bendang). Cuba simulasikan pengalaman tetamu anda di bawah:
Semua Tempahan. Satu Tempat.
Buka telefon atau komputer riba. Lihat siapa check-in hari ini, semak bayaran tertunggak, dan susun kalendar tanpa rasa pening.
Paparan sebenar dashboard pemilik, dengan data contoh.
Set Kod Awal. Sistem Hantar Pada Waktunya.
Tak perlu lagi ingat tarikh atau menaip mesej yang sama puluhan kali. UrusTempahan menghantar maklumat tempahan terus ke WhatsApp anda dan tetamu tanpa campur tangan.
Pilih Aliran Automasi:
Kuota mesej WhatsApp mengikut pelan langganan anda.
Jangan Bazir Duit & Masa Lagi. Gunakan Percuma Seumur Hidup!
Sertai komuniti operator homestay yang beralih daripada sistem manual yang memenatkan kepada automasi penuh. Tiada komisen tersembunyi, duit terus masuk akaun anda.
Mulakan Akaun Percuma Anda Hari Ini
Bina laman web tempahan homestay anda dalam masa kurang daripada 10 minit.
*Caj pemprosesan gerbang pembayaran perbankan standard FPX terpakai terus kepada penyedia bayaran (CHIP), tanpa sebarang komisen tambahan daripada UrusTempahan.
Mula Percuma. Automasi Bila Sedia.
Tiada caj tersembunyi. 0% komisen UrusTempahan untuk semua tempahan terus dari website anda.
Pelan Percuma
Tanpa kad kredit*Perlu diperbaharui setahun sekali (percuma).
Sesuai untuk operator yang baru mula beralih daripada buku nota dan chat WhatsApp.
Naik taraf bila-bila masa. Tiada kontrak terikat.
Bila Bisnes Makin Jalan
4 pelanBayaran online, automasi WhatsApp, sync kalendar dan lebih banyak unit — naik taraf hanya bila anda perlukan.
Starter Host
1 penginapan · 50 mesej WhatsApp
Growth Host
3 penginapan · 20 bilik · 300 mesej WhatsApp
Professional Host
10 penginapan · 50 bilik · 1,000 mesej WhatsApp
Agency
Had mengikut keperluan · 2,000 mesej WhatsApp
Ketelusan Komisen & Perbankan:
0% komisen UrusTempahan untuk tempahan terus. Caj perbankan online standard FPX ditolak terus oleh penyedia perbankan (CHIP), bukan oleh kami.
Soalan Tentang Sistem Booking Homestay
Apa itu UrusTempahan?
UrusTempahan ialah sistem booking online untuk homestay, chalet, villa, resort dan tapak perkhemahan di Malaysia. Anda dapat laman tempahan sendiri, kalendar kekosongan, rekod bayaran dan laporan pendapatan dalam satu sistem.
Adakah sistem booking homestay ini percuma?
Ya. Pelan Percuma kekal percuma selamanya* untuk 1 penginapan dan sehingga 5 tempahan aktif, tanpa kad kredit. *Perlu diperbaharui setahun sekali (percuma).
Bolehkah tetamu menempah dan membayar secara online?
Ya, mulai pelan Starter Host (RM69/bulan). Tetamu pilih tarikh, bayar melalui FPX atau kad, dan wang masuk terus ke akaun gateway anda sendiri — 0% komisen. Pada pelan Percuma, tetamu menghubungi anda di WhatsApp dan anda menyekat tarikh sendiri.
Boleh sync kalendar dengan Airbnb dan Booking.com?
Boleh, melalui iCal dua hala mulai pelan Growth Host (RM99/bulan). Tarikh yang ditempah di Airbnb atau Booking.com disekat secara automatik di laman anda, dan sebaliknya, supaya tiada tempahan bertindih.
Sesuai untuk chalet, resort atau tapak perkhemahan yang ada banyak unit?
Sesuai. Mod by-unit membolehkan tetamu memilih bilik, unit atau lot tapak perkhemahan sendiri, dengan harga dan kekosongan setiap unit diurus berasingan. Mod ini tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Adakah saya dapat website tempahan sendiri?
Ya. Setiap penginapan mendapat laman tempahan di nama-anda.urustempahan.com tanpa bayaran tambahan. Domain sendiri seperti namahomestay.com tersedia mulai pelan Professional Host (RM149/bulan); pendaftaran domain dibil berasingan.
Adakah sistem ini menghantar notifikasi WhatsApp?
Ya. Anda menerima WhatsApp untuk setiap tempahan baharu dan pembatalan mulai pelan Starter Host (RM69/bulan). Tetamu menerima pengesahan tempahan dan maklumat daftar masuk di WhatsApp mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Bolehkah saya batal langganan bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Tiada penalti atau bayaran tersembunyi.
“Sistem ini lahir kerana saya sendiri penat urus WhatsApp homestay keluarga.”
Saya nampak ramai pemilik homestay di Malaysia yang hebat dalam layanan dan hospitaliti, tetapi keletihan melayan mesej berulang, risau slip bank palsu, dan pening mengelak double booking. Misi kami di UrusTempahan adalah menjadikan sistem pengurusan profesional mudah dicapai oleh sesiapa sahaja — tanpa perlu belajar coding dan tanpa komisen yang membebankan.
Fauzi Yahaya
Pengasas & Jurutera Produk, UrusTempahan