Sistem Booking Chalet
Untuk operator chalet yang ada beberapa unit atau beberapa jenis unit — chalet keluarga, chalet pasangan, rumah kayu. Setiap unit ada kalendar sendiri, dan tetamu tempah unit, bukan seluruh tempat.
Masalah biasa operator chalet
Jika salah satu ini biasa bagi anda, sistem booking akan menjimatkan masa anda setiap minggu.
Unit mana yang masih kosong?
Lima unit, tiga jenis, tarikh bertindih. Kalendar dinding atau buku catatan tidak memberitahu tetamu dengan cepat unit mana yang tinggal.
Rombongan besar
Satu keluarga besar perlukan tiga unit sekali gus. Mengira kapasiti dan harga untuk setiap gabungan secara manual mudah tersilap.
Tetamu mahu unit tertentu
Ada yang mahu chalet tepi sungai, ada yang mahu dekat tempat letak kereta. Tanpa peta, setiap pilihan perlu diterangkan dalam mesej.
Apa yang sistem ini buat untuk chalet anda
Bayaran tetamu masuk terus ke akaun anda sendiri. Tiada komisen tempahan.
Mod by-unit
Daftar jenis unit (contoh: Chalet Keluarga, Chalet Pasangan) dan unit di bawahnya. Kekosongan dikira untuk setiap unit, jadi tarikh tidak disekat untuk seluruh chalet bila satu unit ditempah.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Peta tapak
Muat naik pelan susun atur chalet anda dan tandakan kedudukan setiap unit. Tetamu boleh lihat dan pilih unit dari peta semasa menempah.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Harga dan kapasiti setiap jenis unit
Setiap jenis unit ada harga hari biasa, hujung minggu dan bilangan tetamu maksimum sendiri. Sistem menyemak unit yang dipilih cukup untuk saiz kumpulan.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Gabung unit untuk kumpulan besar
Untuk tempahan rombongan, anda boleh masukkan satu tempahan yang merangkumi beberapa unit dari panel admin.
Tersedia mulai pelan Growth Host (RM99/bulan).
Harga musim dan cuti umum
Tetapkan harga berbeza untuk musim cuti sekolah, Hari Raya atau tarikh tertentu tanpa mengubah harga asas.
Item tambahan
Jual BBQ set, tilam tambahan atau sarapan bersama tempahan. Tetamu tambah semasa menempah, dan jumlahnya masuk dalam bayaran.
Soalan tentang sistem booking chalet
Berapa unit chalet yang boleh saya masukkan?
Bergantung pada pelan. Had jenis unit dan bilangan unit untuk setiap pelan dipaparkan di halaman Perbandingan Pelan.
Bolehkah sistem pilih unit secara automatik?
Boleh. Anda pilih sama ada tetamu memilih unit sendiri atau sistem menetapkan unit yang kosong secara automatik.
Chalet saya juga di Airbnb. Boleh sync setiap unit?
Boleh, melalui iCal untuk setiap unit. Sync berjalan setiap 15 minit, jadi masih ada jurang masa yang kecil antara dua platform.
Panduan berkaitan
Cara Elak Double Booking Antara Airbnb, Booking.com dan WhatsApp
Kenapa double booking berlaku bila homestay dijual di beberapa platform, cara sync kalendar iCal berfungsi, dan apa yang masih perlu anda semak sendiri.
Cara Terima Tempahan Homestay Secara Online
Langkah demi langkah terima tempahan homestay secara online: laman tempahan, kalendar, harga, bayaran FPX ke akaun sendiri dan pengesahan automatik.